Tuesday, November 3, 2009

Betul ke bisnes ni mudah? simple?

Salam anggun buat semua pembaca setia..

Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit waktu yang amat2 berharga utk berkongsi idea dengan saya mengenai bisnes HPM. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan dan pengalaman sepanjang bergelar pengedar produk2 Herba Prima Marketing.Blog ini tidak memaparkan info produk kerana semua produk termuat di nurulbeauty.com.

Kenapa nak berkongsi? Berdasarkan sms dan panggilan telefon yang diterima, ramai sangat diluar sana yang berminat sebenarnya untuk memulakan bisnes ni tetapi tidak tahu dimana dan bagaimana nak bermula.Teruskan membaca kerana anda akan didedahkan dengan cara termudah untuk menjana pendapatan samada secara 'part-time' atau 'full-time'. Sebelum meneruskan artikel ini, saya perlu berikan satu berita gembira dahulu kepada anda semua..nurulbeauty menawarkan website percuma bagi pengedar yang aktif secara online bersama team nurulbeauty.com.


Bagaimana nak jadi ahli/ pengedar HPM?

1. Join keahlian HPM dengan membeli 3 kotak produk HPM : RM450. (boleh pilih mana2 produk). Keahlian adalah percuma.
 
Barangan yang dibeli boleh diguna sendiri atau dijual runcit dengan harga RM200 sekotak.

2. Ramai yang tanya..ada bonus ke lepas jadi ahli? Untuk belian peribadi, tiada bonus. Nak dapat bonus? Terus buat penajaan @ cari down line di bawah anda.


3. Soalan timbul lagi..macamana nak menaja? macamana nak order?

Disini lah pentingnya kebijakanaan anda memilih penaja/ upline. Ramai yang sudah menjadi ahli tetapi masih terkial2 kerana tidak diberi sebarang bimbingan oleh upline. Ramai juga yang 'masuk ahli dengan member' dan bila baca tentang bonus HPM, rasa nak bisnes. Masa tu tanya upline, baru tau member tu pun baru masuk ahli seminggu... Bukan tak boleh nak tanya dealer lain tapi tak ramai yang sanggup membantu sebab semua dealer aktif dah ada beratus d.line dan dah tak cukup masa nak layan. So, hati2 lah pilih penaja. Tanya dan risik dulu sebelum join ahli kalau tidak anda jugak yang rugi.


Kenapa perlu pilih nurulbeauty.com?? Ada Website Free?

1. Pendaftaran keahlian akan diuruskan secepat mungkin oleh nurulbeauty. Penghantaran by hand secara percuma ke kawasan2 berhampiran dan free courier ke seluruh negara.


2. Sebaik mendaftarkan diri sebagai ahli, anda akan diberi panduan tentang penggunaan produk, dan akan dibimbing memulakan perniagaan samada secara online atau offline.


3. Bagi yang nak aktif secara online, semua prosedur yang perlu dilakukan, guide dan sebagainya akan dihantar melalui email. Bagi yang tiada akses internet, handout disediakan.

4. Nurulbeauty akan membantu anda mendaftarkan ahli2 baru (d.line)  anda pada peringkat permulaan. Anda hanya perlu bank in ke akaun nurulbeauty, sms  atau email maklumat d.line anda, dan anda hanya menunggu stok tiba ke tangan anda atau pembeli. Segala2nya diuruskan oleh nurulbeauty dan anda hanya tunggu bonus mauk ke akaun anda pada bulan berikutnya. (ini hanya utk d.line anda generasi 1 sahaja)


5. Bagi anda yang berada di sekitar Kuantan, stok boleh diambil terus by hand, dengan membawa bayaran dan maklumat ahli baru anda untuk di daftarkan.


6. Anda akan dibantu dan dibimbing sehingga mampu menguruskan sendiri pesanan dan pendaftaran ahli2 baru anda.


7. WEBSITE FREE.....setelah anda menaja/ aktif/ berpotensi utk aktif / benar2 berminat utk aktif online..nurulbeauty menawarkan satu website percuma kepada anda dengan menggunakan domain nurulbeauty.  Bagi anda yang ingin memiliki website ebaik menjadi ahli dan belum membuat apa2 penajaan, anda boleh hubungi saya 019-9864191.



Apa yang free??

Segala2nya free, anda tidak perlu membayar upah, tiada bayaran hosting atau apa2 hidden charges. Anda cuma perlu emailkan maklumat yang diperlukan dan website anda akan siap dalam masa 2 minggu. 




PROMOSI..PROMOSI..PROMOSI...

Promosi..satu itilah yang cukup sinonim dengan dunia perniagaan, tak kira lah secara online ke, offline ke, MLM ke atau apa jua jenis bisnes di dunia ni. Bisnes ni kan jual produk, kalau tak promote macamana orang nak tau.. 

Kalau ada orang kata bisnes ni senang, tak perlu promosi, itu adalah satu pembohongan yang amat besar!!!! Kalau setakat tanam modal, duduk diam tunggu untung, itu pelaburan namanya. Atau ada juga yang masuk ahli tapi tak pyh jual produk, tunggu bonus je, itu skim cepat kaya!!!

Satu perbezaan yang amat ketara yang saya lalui sepanjang mempromosi produk HPM...kita tidak perlu membuat sebarang demo, dan tak perlu mengetuk pintu rumah orang untuk menjual produk sebab semua maklumat sudah termuat di internet, di dada akhbar dan majalah dan di pamplet2 HPM. Berbeza kan dengan produk2 lain? Jauh lebih senang cara promosinya... 

Di sini saya paparkan beberapa teknik promosi yang telah saya sendiri lakukan utk mengembangkan bisnes ini..
 
1. PROMOSI MULUT KE MULUT

Ini teknik paling asas bagi setiap ahli yang baru dalam bisnes ini. Utk mempromosi kepada rakan2 dan saudara mara terdekat secara lisan, kita perlu lengkapkan diri dengan seberapa banyak mungkin pengetahuan tentang produk yang hendak dipromosi. Baca sebanyak mungkin info tentang produk dan penggunaan supaya ada 'confidence' setiap kali berdepan dengan pertanyaan customer. Customer lebih mudah 'tertarik' pada gaya percakapan dan 'daya pujuk' kita samada secara 'face-to-face' atau hanya melalui panggilan telefon.
Saya sendiri pernah mendapat seorang customer 'orang asli' yg hanya membeli hanya setelah membuat beberapa panggilan telefon dan sms selama sebulan kepada saya. Bila bertemu dengan pelanggan tersebut dia secara jujur mengakui dia telah menghubungi 3 org dealer sebelum saya tetapi tertarik dengan layanan dan penerangan saya di telefon. Haaa kan??mmg pengetahuan dan gaya percakapan kita amat penting bila berhubung dengan pelanggan. Jangan terlalu mendesak sebab pelanggan ada hak utk membuat pilihan sebelum membeli, macam jugak kita!!! Setelah 2x repeat order sekotak2, kali ke3 saya berjaya pujuk beliau utk join keahlian HPM dan kini dah jadi d.line saya!!




teknik ke2 bakal menyusul..........



CARA PENGIRAAN BONUS TAJAAN

SYARAT UTAMA NAK DAPAT BONUS TAJAAN:

WAJIB BUAT BELIAN MAINTAIN 3KOTAK (RM450) PADA BULAN TERSEBUT
 


Tak sangka ramai yang nak tau sebenarnya cara pengiraan bonus HPM ni..ramai jugak yang rasa blur bila tengok figure yang besar2 sampai berpuluh2 ribu. Kat bawah ni saya tunjukkan contoh pengiraan bonus termasuk yang paling simple bagi yang baru nak mulakan bisnes ini..



Ramai jugak yang tanya, kalau kita join ahli je ada bonus ke???jawabnya..TAK ADA kecuali anda menaja ahli baru sebagai down line anda...


















Fahami asas ini sebelum anda bermula...
 A ialah anda...
Generasi 1 ialah d.line anda (anda sebagai penajanya)
Generasi 2 ialah cucu anda..(anak kpd d.line anda tadi)
Anda hanya akan mendapat bonus hingga generasi ke2 sahaja.

Katakan...

Bulan pertama, anda menaja 10 orang rakan anda..bonus anda untuk bulan ini ialah.. RM90 x 10 orang = RM900. senang bukan???


Katakan...semua 10 orang d.line anda dapat menaja 5 orang ahli baru. Anda mendapat 50 orang cucu!!
Bonus cucu.. RM30 x 50 orang = RM1500..

Bonus anda pada bulan pertama ialah RM900+RM1500 = RM2400!!


Katakan lagi...

Bulan kedua.. anda menaja 10 orang lagi ahli baru, dan 10 yang lama masih aktif, jumlah bulan ke 2, 20 orang (anak)
RM90x20 orang = RM1800

Semua 20 anak menaja 5 orang ahli baru.. jumlah cucu pada bulan kedua ialah 20x5= 100 orang.
Bonus cucu ialah RM30x 100 orang = RM3000

Bonus anda pada bulan kedua ialah RM1800+RM3000= RM4800!!!

Ini baru 2 bulan bulan pertama..cuba bayangkan setiap bulan anda mampu menambah bilangan generasi pertama dan generasi ke2 sehingga beratus2 orang, tentu tak susah utk dapat 4-5 angka sebulan!!

Yang penting, tak ada istilah goyang kaki dalam bisnes HPM, semua kena kerja kuat, saling membantu dan tak boleh kerja sendirian.. Sekali lagi saya menjemput anda untuk sama2 berjuang bersama nurulbeauty.com.

Peringatan Penting!!
Setiap ahli yang menaja mesti membuat belian maintain 3kotak sebulan (RM450) untuk mendapat bonus tajaan pada bulan tersebut.. Ingat2 kan d.line anda supaya maintain sebelum 20hb setiap bulan sekiranya mereka menaja pada bulan tersebut.